2. Pedagogi

1.0 PENGENALAN

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) KBAT yang berkesan perlu berpusatkan murid dengan melibatkan mereka secara aktif dalam PdP melalui tugasan dan soalan yang mencabar pemikiran. Justeru, guru perlu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif bagi merangsang murid berfikir. Guru juga boleh menggunakan alat berfikir dan teknik penyoalan dalam usaha membudayakan pemikiran yang kritis dan kreatif dalam kalangan murid.

Pedagogi yang melibatkan murid berfikir telah lama dilaksanakan, melalui program seperti Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) yang dilaksanakan di sekolah pada tahun 1994. Program ini diteruskan dan dimantapkan dengan pengenalan KBAT seperti yang disarankan dalam PPPM (2013-2025).

Pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang ada pada seseorang individu memainkan peranan penting dalam proses berfikir. Kesemua aspek ini menjadi latar belakang untuk membuat penaakulan dan refleksi sehingga membolehkan seseorang individu berfikir aras lebih tinggi dalam konteks dapat membuat keputusan, menyelesaikan masalah, menginovasi dan mencipta. Dalam proses ini, empat tahap pemikiran yang tinggi diberi fokus iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Seperti yang diterangkan dalam Rajah 1.

Untitled-7


2.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KBAT DALAM PEDAGOGI

Bagi melaksanakan KBAT dalam PdP, guru perlu membuat penelitian dengan merujuk kepada standard pembelajaran yang dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Standard pembelajaran merupakan pernyataan tentang apa yang murid patut ketahui dan boleh lakukan. Sekiranya pernyataan tersebut merujuk kepada tahap KBAT, guru perlu melakukan tindakan berikut :

Untitled-114


3.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru perlu merancang dan melaksanakan KBAT melalui pelbagai strategi PdP yang berkesan dan bersesuaian dengan objektif PdP. Antara strategi PdP yang boleh digunakan adalah seperti konstruktivisme, pembelajaran berasaskan konteksual, pembelajaran berasaskan projek, inkuiri dan kajian masa depan. Strategi yang betul dan tepat akan membantu mewujudkan suasana bilik darjah yang membolehkan murid berfikir.

3.1 Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Guru perlu mengemukakan soalan aras tinggi supaya murid dapat berfikir dan menggunakan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Guru harus menggalakkan murid mencari jawapan sendiri.

3.2 Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Dalam strategi ini murid dapat menggunakan pengetahuan sedia ada dalam situasi yang berlainan.

3.3 Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran berasaskan projek adalah suatu kaedah penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui pengalaman pembelajaran berasaskan tugasan aktiviti jangka panjang antara disiplin ilmu, berpusatkan murid dan mengintegrasikan isu semasa dan amalan. Kaedah ini
menekankan tugasan intelek bagi meneroka isu yang kompleks. Kaedah ini menggalakkan pemahaman murid di mana murid dapat meneroka untuk mencari maklumat, membuat interpretasi, membuat keputusan atau kesimpulan.

3.4 Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

Pembelajaran berasaskan inkuiri ialah suatu pendekatan mencari jawapan kepada persoalan yang diutarakan. Ia melibatkan penyiasatan, penerokaan, mengumpul data, membuat kesimpulan untuk menyelesaikan masalah, membuat refleksi tentang kaedah yang digunakan dan berkomunikasi bagi berkongsi dapatan tentang masalah berkenaan.

3.5 Kajian Masa Depan

Kajian Masa Depan memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi. Ini akan membolehkan mereka memandang masa depan dengan yakin dan optimis seperti berikut :

  1. membuat ramalan tentang trend dan perubahan yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan dan maklumat sedia ada,
  2. menjangka kesan atau akibat sesuatu fenomena, trend, atau perubahan masa depan; dan
  3. menggunakan pelbagai sumber bagi mengawal, menangani serta mengendalikan perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum.

4.0 ALAT BERFIKIR

Penggunaan alat berfikir dapat membantu murid berfikir dengan lebih tersusun, sistematik dan berfokus. Contoh alat berfikir adalah seperti yang berikut:

• Peta Pemikiran
• Penyusun grafik
• Soalan dan penyoalan
• Peta Minda
• CoRT
• 6 Thinking Hats


5.0 TEKNIK PENYOALAN

Untuk menggalakkan murid berfikir aras tinggi, guru perlu memberi soalan aras tinggi. Guru perlu menggalakan murid menyoal menggunakan soalan aras tinggi di dalam aktiviti PdP seperti Jadual 1.

Untitled-11

 

Untitled-13

Untitled-15

 

Untitled-18

Untitled-20

Untitled-22

Untitled-24

Untitled-28

Untitled-30

 


6.0 PENUTUP

Penerangan KBAT dalam Pedagogi yang diutarakan mengikut tajuk dalam buku ini diharap dapat membantu guru untuk merancang dan melaksanakan elemen KBAT dalam PdP. Pemahaman dan penghayatan guru tentang kaedah pedagogi yang efektif adalah sangat penting dalam menjayakan pelaksanaan KBAT secara berkesan di dalam bilik darjah. Selain itu, guru juga digalakkan untuk membuat rujukan dan pembacaan lanjutan berkaitan dengan elemen KBAT dalam pedagogi. Segala usaha ini diharapkan akan melahirkan murid yang berfikiran secara kritis, kreatif dan inovatif.


RUJUKAN

1. Bahagian Teknologi Pendidikan (2006). Project Based Learning Handbook.
2. Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012). Buku Panduan Guru Pengajaran Sains Secara Inkuiri.
3. Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012). Buku Panduan Kemahiran Menaakul.
4. Bahagian Pendidikan Guru (Edisi Percubaan). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif: Unit Empat.
5. Bahagian Pendidikan Guru (Edisi Percubaan). Kemahiran Berfikir Secara Kreratif dan Kritis: Unit Tiga.
6. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Malaysia 2013-2025. (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah).
7. Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011). Buku Panduan Kreativiti: Pembangunan dan Amalan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
8. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Pembelajaran secara Konstektual.
9. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Pembelajaran secara Konstruktivisme.


Sumber : Elemen KBAT Dalam Pedagogi (2014) Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, ISBN : 978-967-420-079-4

 

8 Comments

  1. Pingback: writeaessay

  2. I see you don’t monetize your site, don’t waste your traffic, you can earn additional
    bucks every month because you’ve got high quality content.
    If you want to know how to make extra bucks,
    search for: Ercannou’s essential adsense alternative

  3. I have checked your page and i have found some duplicate content,
    that’s why you don’t rank high in google, but there is a tool that can help
    you to create 100% unique content, search for; SSundee advices unlimited content for your blog

  4. Pingback: 4sf8399dedf47934722b63.com more information 9FvR0

  5. Pingback: click to read more

  6. Pingback: 4sf8399dedf47934722b63.com

  7. Pingback: 4sf8399dedf47934722b63.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.