1. Kurikulum

1.0 Pengenalan

Kurikulum didefinisikan sebagai suatu pengalaman pembelajaran yang terancang ke arah mencapai penghasilan pembelajaran yang dihasratkan (PPK, 2001). Dalam konteks ini, kurikulum di Malaysia dilaksanakan melalui Kurikulum Kebangsaan yang telah dikanunkan mengikut Akta Pendidikan 1996.

Kurikulum Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan.

Bagi mencapai matlamat Kurikulum Kebangsaan, pernyataan KBAT ditulis secara eksplisit dalam dokumen kurikulum. Kurikulum merupakan satu daripada elemen utama dalam KBAT selain daripada pedagogi dan pentaksiran. Sehubungan dengan itu, pemahaman guru tentang pernyataan KBAT dalam kurikulum hendaklah jelas bagi membolehkan segala bentuk aktiviti PdP dirancang dan dilaksanakan dengan berkesan di bilik darjah atau luar bilik darjah termasuk aktiviti kokurikulum.


Mengenal Pasti KBAT Dalam Dokumen Kurikulum

KBAT ditulis secara eksplisit dalam dokumen kurikulum iaitu Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), serta Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Pernyataan KBAT dalam dokumen kurikulum ditulis secara eksplisit dalam Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) bagi semua mata pelajaran KSSR. Contoh dokumen kurikulum KSSR adalah seperti dalam Rajah 2.

 Untitled-96

Kata kerja dalam pernyataan standard pada lajur SK dan SP membolehkan guru mengenal pasti aspek yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mata pelajaran masing-masing. Ia adalah asas kepada pemahaman guru dalam melaksanakan KBAT dalam kurikulum (Rujuk Rajah 3).

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)
MATA PELAJARAN SEJARAH

Untitled-98

Rajah 3 menunjukkan bahawa bagi mata pelajaran Sejarah Tahun 4, terdapat sembilan (9) kriteria yang mewakili Standard Kandungan 1.1 : Pengertian sejarah dan kemahiran sejarah iaitu Standard Pembelajaran 1.1.1, 1.1.2, 1.1.3, 1.1.4, 1.1.5, 1.1.6, K.1.1.7, K.1.1.8 dan K.1.1.9 di mana 1.1.1, 1.1.2, 1.1.3, 1.1.4, 1.1.6, K.1.1.7 dan K.1.1.8 adalah Tahap Pemikiran Mengingat manakala 1.1.5 dan K.1.1.9 mewakili Tahap Pemikiran Memahami.

Rajah 4 pula menunjukkan SK 3.1 SP : 3.1.2 yang mewakili Tahap Pemikiran Mengaplikasi manakala SK 3.1 SP : 3.1.4 mewakili Tahap Pemikiran Menganalisis bagi mata pelajaran Sains Tahun 4. Bagi mata pelajaran Matematik Tahun 5, SK : 10.7, SP : (i) merujuk kepada Tahap Pemikiran Menilai manakala SK : 10.8, SP : (ii) pula merujuk kepada Tahap Pemikiran Mencipta (Rujuk Rajah 5).

Oleh yang demikian, kesemua empat (4) Tahap Pemikiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta merupakan elemen KBAT yang didefinisikan dalam kurikulum boleh dikenalpasti dalam dokumen kurikulum mata pelajaran. Guru harus memahami dengan mendalam dan mengesan keempat-empat aspek tersebut dalam dokumen kurikulum bagi membolehkan PdP dilaksanakan dengan berkesan dan menjadi budaya dalam PdP.

Untitled-100

Untitled-102

Kata Kerja KBAT Dalam Kurikulum

A. KBAT dalam Tahap Pemikiran Mengaplikasi

Tahap pemikiran aplikasi memerlukan murid menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam situasi yang berlainan untuk melakukan sesuatu. Dalam konteks ini murid berupaya menyelesaikan masalah dengan mengaplikasikan konsep yang mereka fahami melalui aktiviti PdP. Antara kata kerja yang berkaitan dengan tahap pemikiran aplikasi adalah seperti berikut :

Untitled-105

B. KBAT dalam Tahap Pemikiran Menganalisis

Tahap pemikiran menganalisis bererti murid mencerakinkan maklumat kepada bahagian-bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta menghubung kait antara bahagian berkenaan. Dalam konteks ini murid berupaya mentafsir peranan dan fungsi setiap bahagian kecil untuk memahami sesuatu konsep secara menyeluruh. Antara kata kerja yang berkaitan dengan tahap pemikiran analisis adalah seperti berikut:

Untitled-107

C. KBAT dalam Tahap Pemikiran Menilai

Tahap pemikiran menilai dapat direalisasikan apabila murid membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai serta memberi justifikasi. Antara kata kerja yang berkaitan dengan tahap pemikiran penilaian adalah seperti berikut:

Untitled-110

D. KBAT dalam Tahap Pemikiran Mencipta

Tahap pemikiran mencipta adalah tahap KBAT di mana murid menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif. Antara kata kerja yang berkaitan dengan tahap pemikiran mencipta adalah seperti berikut:

Untitled-112

Penutup

Kefahaman guru yang jelas tentang pengertian KBAT serta penggunaan kata kerja dalam Tahap Pemikiran yang terdapat dalam dokumen kurikulum membolehkan guru menyediakan kandungan PdP yang bersesuaian dan mengolah kandungan mata pelajaran yang menepati KBAT. Guru perlu berupaya menterjemahkan dokumen kurikulum dengan mengenalpasti penggunaan kata kerja KBAT yang sesuai mengikut mata pelajaran yang diajar serta dapat mengaplikasikannya dalam bentuk aktiviti PdP yang mencabar minda dan merangsang pembelajaran murid.

RUJUKAN

1. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
2. http://www.teachthought.com/learning/249-bloomstaxonomy-verbs-for-critical-thinking/


Sumber : Elemen KBAT Dalam Kurikulum (2014) Kementerian Pendidikan Malaysia, ISBN : 978-967-420-082-4

Leave a Reply

Your email address will not be published.