Halaman Utama

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

KBAT didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2013). KBAT boleh dikenal pasti dalam SK dan SP melalui pernyataan kata kerja tahap pemikiran dalam Taksonomi Bloom semakan Anderson seperti Rajah 1. Berdasarkan kepada definisi KBAT dan Rajah 1, KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Kemahiran ini dikenalpasti sebagai tahap pemikiran yang menjadi fokus dalam penentuan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) bagi mata pelajaran yang diajar di sekolah untuk memastikan murid menguasai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) seperti mana yang dihasratkan.

1

Sumber : Elemen KBAT Dalam Kurikulum (2014) Kementerian Pendidikan Malaysia, ISBN : 978-967-420-082-4